BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 8, 2010

Serangan Siber di Estonia

Mengimbas kembali ketika menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang bertenpat di Shah Alam pada 26 Januari lepas, ada salah seorang dari panelis menyentuh tentang keganasan jenayah siber yang melanda dunia.

Antara intipati ceramah beliau yang amat menarik pendengaran dan perhatian kami ketika itu apabila beliau ada menyebut dan menyentuh tragedi yang berlaku di Estonia yang berkenaan dengan serangan siber. Ia digelar "Estonia's Cyber Attack". Serangan ini berlaku pada tahun 2007. Melihat kepada respon hadirin ketika itu, jelas kelihatan bahawa kurang daripada hadirin yang mengetahui berkenaan serangan tersebut. Kami akui, kami juga sendiri baru beberapa hari sebelum seminar itu mengetahuinya. SAYANG, AMATLAH CETEK ILMU KITA BERKENAAN SERANGAN SIBER DI DUNIA INI!

Justeru itu, melihat kepada keadaan itu, tertarik dan terpanggil kami untuk berkongsi sedikit fakta berkenaan peristiwa itu. Sebenarnya serangan siber seperti berlaku di Estonia ini pernah berlaku di Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Kejadian yang menimpa negara Estonia ini berlaku sekitar bulan April dan May 2007. Pada ketika itu, sektor kerajaan dan korporat di Estonia tergendala selama beberapa minggu. Serangan ini adalah akibat keputusan Estonia untuk memindahkan memorial Perang Dunia II dari Tallinn. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dari pihak kerajaan Rusia dan sekaligus menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat Estonia yang berbangsa Rusia. Dipercayai serangan ini adalah berpunca dari Moscow dan ada juga pihak yang mempercayai bahawa serangan ini adalah berpunca dari Rusia.

Untuk bacaan selanjutnya, kami sertakan bahan bacaan yang boleh dirujuk.

A Look at Estonia's cyber attack in 2007
http://msnbc.msn.com">

Estonia hit by 'Moscow Cyber War'
http://new.bbc.co.uk">

Secara kesimpulannya, kita sebagai rakyat yang hidup di zaman dan era teknologi ini haruslah peka dan siap sedia terhadap segala serangan yang bakal menimpa kita. Oleh itu, segala langkah bagi mengatasi serangan ini hendaklah dititikberatkan dari awal. Semoga ianya tidak berakhir dengan perkara-perkara yang lebih teruk dan mengancam negara.

0 comments: