BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 5, 2010

keganasan siber

Maksud

Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, dan peras ugut. ManakalaJenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah diberikan oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam bidang jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.Namun demikian kita harus akui bahawa wujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah. Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan.

Cabaran dan Penyelesaian

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar ialah :

1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus

Salah satu dari kesan pergantungan kepada ICT ialah `rangkaian'. Maksud 'rangkaian' di sini ialah sistem-sistem ICT secara berangkaian dan mempunyai keupayaan untuk berhubung di antara satu sama lain melalui ruang siber sepanjang masa. Kebanyakan dari sistem-sistem ICT maklumat dan komunikasi kerajaan terdedah kepada risiko ancaman siber melalui cara ini, termasuklah sistem-sistem yang sedang dibina sebagai aplikasi perdana seperti e-kerajaan, e-perolehan, e-kesihatan dan sebagainya. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) terdapat purata kira -kira 600 kes jenayah computer direkodkan setahun dan data ini hanya mewakili tiga peratus dari keadaan yang sebenarnya berlaku.

Tidak ada jalan pintas dalam menangani ancaman siber. Jalan yang terbaik ialah untuk setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada. Pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Sumber kewangan dan staf yang mahir perlu diadakan dan mencukupi.

Bagi individu pula, perlu ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing. Setiap dari kita perlu ada rasa tanggung jawab untuk menentukan komputer kita terjamin selamat dan tidak mengandungi virus dan trojan yang boleh mengancam keselamatan maklumat orang lain.Setiap individu perlu mempunyai etika kerja yang murni dan tidak menyalahgunakan sumber yang diberi dengan melayari laman-laman web yang tidak produktif, lucah dan bertentangan dengan undang-undang dan nilai sejagat.

Di pihak kerajaan pula, kerajaan perlu mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal. Undang-undang siber dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari masa ke semasa mengikut tahap ancaman global yang selalu berubah-ubah. Kerajaan juga perlu menentukan wujudnya organisasi bebas yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan maklumat yang boleh memberi khidmat dan nasihat tentang cara yang betul dan sesuai untuk menangani ancaman siber. Organisasi ini kelak diharapkan dapat dirujuk oleh semua golongan masyarakat di Malaysia secara mudah.

0 comments: